Pasaran kriptowang pada saat ini sedang mengalami fasa kritikal yang mana memberi kesan kepada pemain mahupun platform dagangan kriptowang menerusinya.
Terbaharu, antara platform dagangan kriptowang yang terpaksa mengambil langkah drastik dalam mengecilkan jumlah tenaga pekerja adalah Swyftx. Syarikat tersebut telah mengumumkan akan melepaskan 90 pekerjanya yang mewakili 40% daripada jumlah tenaga kerja.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Meskipun, CEO Swyftx yakin boleh menghadapi pergolakkan semasa yang disebabkan oleh krisis FTX. Beliau menjangkakan satu lagi kejatuhan pasaran pada separuh pertama tahun 223 kak.
Beliau menambah dengan langkah pengurangan sebahagian besad pekerja mungkin memberi manfaat kepada firma Australia menghadapi badai pada masa hadapan.
Semua pekerja yang terjejas akan menerima gaji pemberhentian mereka dalam masa tujuh hari serta pampasan untuk tempoh enam bulan berkerja. Hal ini sekaligus memperlihatkan insiden FTX telah menyebabkan perubahan teruk di dalam banyak syarikat kriptowang dan kewangan.
Sesetengah daripada mereka terpaksa menfailkan perlindungan kebankrapan. Malah, majoriti platform dagangan kriptowang terkemuka mula mengecilkan saiz pasukan mereka pada awal tahun ini untuk mengurangkan kos semasa pasaran gawat berpanjangan.
Platform yang dimaksudkan termasuklah Bybit dan Huobi yang memberhentikan pekerjanya sebanyak 30% baru-baru ini lalu diikuti dengan Coinbase sebanyak 18% dan dijangka bakal merebak ke lebih banyak syarikat berasaskan kriptowang pada masa kelak.