Pastinya pembukaan pusat membeli-belah Central i-City yang terletak di Shah Alam ini akan menjadi tumpuan penduduk setempat kerana kini mereka tidak perlu pergi jauh untuk membeli-belah. Pusat membeli-belah tersebut akan dibuka secara rasmi pada 27 Mac 2019.

Menariknya pusat membeli-belah ini, ia tampil dengan tiga penyewa utama iaitu Sogo Department Store, Village Grocer dan TGV Cinemas. Kini, penduduk setempat tidak perlu lagi ke Subang atau Bukit Raja semata-mata ingin menonton wayang serta ke Sogo Kuala Lumpur hanya untuk memborong barang-barang berjenama dengan harga yang murah.

Malah, konsep yang dibawa oleh Central I-City ini membawa sedikit budaya Thailand berikutan pemajunya adalah dari Thailand iaitu Central Pattana Public Company Ltd (CPN). Lokasinya yang berdekatan I-City pasti akan menarik pelancong berkunjung ke I-City selain membeli-belah. Jadi, warga Shah Alam pastinya tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke hari pembukaan nanti.

Sumber