Bagi anda yang sering ke Thailand memborong makanan ringan dan mee segera di pasaraya Big C, ini berita baik buat anda. Ini kerana pasaraya Big C bakal dibuka di Malaysia dan khabarnya cawangan pertama bakal dibuka di Kedah.

Pastinya anda tidak sabar untuk memborong makanan ringan kegemaran anda dengan harga yang murah seperti Lays, Pretz, Taokenoi dan banyak lagi. Jika pasaraya ini sudah dibuka di Malaysia, anda tidak perlu susah-susah ke Thailand memborong dan pos ke rumah anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

PATTAYA, THAILAND – CIRCA FEBRUARY, 2016: inside Big C Extra hypermarket. It offers a wider range of

Setakat ini, proses pembukaan pasaraya Big C di Malaysia masih diperingkat awal. Masih belum terdapat sebarang tarikh dan lokasi tepat dimana cawangan pertama Big C bakal dibuka. Nampaknya selepas ini makin mudahlah orang ramai mengubat kerinduan mendapatkan makanan segera Thailand terus di Big C.