Sudah menjadi kebiasaan buat pencinta filem terbaharu untuk menyemak feedback atau rating filem terkini untuk membuat keputusan menonton sesebuah filem. Antara laman web yang selalu menjadi rujukan untuk menyemak rating ialah di IMDb.

Percaya atau tidak, filem terhangat ‘Paskal The Movie’ telah menerima rating 8.8/10 sekaligus menjadikan filem ini menerima rating tertinggi di laman tersebut untuk kategori filem Melayu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

capture-20181026-163830

Pencapaian ini sekaligus telah memecah rekod filem lagenda Seniman Agung Tan Sri Datuk Amar P.Ramlee, Tiga Abdul yang mencatatkan rating 8.0 per 10.

capture-20181026-165934

Sebelumnya pihak produksi Paskal juga berkongsi khabar gembira ini di laman Instagram semalam yang masih menunjukkan rating 8.4 sahaja. Ini bermakna, rating filem tersebut telah menunjukkan kemajuan yang begitu cepat dalam masa satu malam sahaja. Tahniah Paskal.

Adakah anda sudah menonton filem ini? Apa pula pandangan anda?