Pada ketika ini, beberapa negeri seperti di Johor, Pahang dan Melaka telah dilanda banjir teruk di mana telah menjejaskan puluhan ribu mangsa di setiap lokasi. Bantuan-bantuan pula sedang giat disalurkan untuk mangsa banjir yang terkandas.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup menyatakan bahawa pasukan dron yang dikendalikan oleh Pasukan Petugas Kecemasan Perkhidmatan Dron Khas (PTK2Dron) dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu agensi dan pasukan penyelamat di lapangan di negeri-negeri dilanda banjir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Malay Mail

Beliau berkata pasukan dron bukan sahaja mampu membuat pengawasan dan menjalankan operasi mencari serta menyelamat dan juga menghantar bekalan ubat-ubatan. Difahamkan dron ini pernah digunakan untuk membantu mangsa sewaktu banjir di Selangor pada tahun lalu dan tanah runtuh pada awal tahun ini.

MOSTI bersama agensi pelaksana, Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) pada Oktober 2022 lalu pernah mengaktifkan PTK2Dron yang melibatkan pihak industri dron terpilih dengan kerjasama agensi-agensi penyelamat dan penguatkuasa berkaitan bencana.

Inisiatif PTK2Dron adalah sebahagian daripada Misi Utama Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2023 yang mana industri dron dijangkakan mampu menjana RM50.71 bilion kepada KDNK negara serta mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2023.

Sumber