Misi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mencari asal usul wabak COVID-19 di Wuhan berakhir dengan kegagalan. Dikutip dari Channel News Asia, WHO mengatakan mereka tidak menemukan bukti kukuh mengenai asal usul virus itu di Wuhan.

Setakat ini, WHO hanya berpegang pada hipotesis bahawa COVID-19 berasal dari kelawar yang kemudian disebarkan ke manusia melalui mamalia lain. Namun, WHO mengesahkan bahawa hipotesis ini masih diuji, memandangkan tiada satu kelawar pun yang ditemui di Wuhan sepanjang siasatan dijalankan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua pasukan penyiasat WHO, Peter Ben Embarek menyatakan bahawa Wuhan mungkin bukan bandar tempat asal usulnya wabak ini kerana Wuhan bukanlah kota atau persekitaraan yang dekat dengan haiwan ini.

Embarek menambah bahawa tidak ada bukti COVID-19 merebak di Wuhan sebelum Disember 2019. Kesimpulan ini dibuat setelah pegawai penyiasat melihat sampel penyelidikan, farmasi dan rekod hospital, lapor Lad Bible.

Kenyataan sama turut dibuat oleh Lian Wannian, seorang pakar dari China yang terlibat dalam penyelidikan WHO. Dia mengatakan, penularan melalui haiwan masih merupakan senario paling dekat. Namun, melalui haiwan apa COVID-19 ditularkan, hal itu yang masih belum diketahui.

Hipotesis lain yang dibuat ialah virus dibawa ke China melalui produk beku. Dia mengatakan ini merujuk kepada kajian yang dilakukan baru-baru ini di mana virus dilihat mampu bertahan dalam produk beku untuk jangka masa panjang.

Di China, hipotesis ini telah disuarakan beberapa kali oleh pemerintah tempatan. Kerajaan China percaya bahawa virus COVID-19 tidak berasal dari wilayah mereka, tetapi dibawa masuk. Bagaimanapun, sebahagian negara mengesyaki ia adalah usaha China untuk tidak bertanggungjawab.

Siasatan WHO di Wuhan, China telah memakan masa kira-kira sebulan. Selama tempoh penyelidikan, puluhan pakar telah memeriksa berbagai lokasi yang dipercayai tempat penyebaran wabak COVID-19, dari hospital, pasar basah, hingga ke makmal virologi Wuhan.

Bekas Presiden AS Donald Trump yakin COVID-19 dikembangkan di makmal virologi di Wuhan. Bagaimanapun, pelbagai pakar, termasuk penasihatnya sendiri, Anthony Fauci, menyatakan bahawa tidak mungkin virus COVID-19 diciptakan oleh manusia.

Terdahulu, China memberi kebenaran kepada WHO untuk memulakan siasatan asal usul COVID-19 di Wuhan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

China Akhirnya Beri Kebenaran Kepada WHO Untuk Siasat Asal Usul COVID-19 Di Wuhan

Saintis Dari China Dakwa COVID-19 Sebenarnya Bukan Berasal Dari Wuhan, Tetapi Dari India

WHO Akui Buat Kesilapan, Minta COVID-19 Tidak Dipolitikkan