Pasukan PUBG Mobile Malaysia, Yodoo Gank berjaya meraih hadiah wang tunai  berjumlah RM172,000 selepas muncul juara Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020 semalam.

Dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu, Yodoo Gank berjaya mengumpul 284 mata dalam 15 pusingan yang dipertandingkan sekaligus membawa pulang hadiah tempat pertama sebanyak RM128,000 (AS$30,000).

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Bukan saja pulang dengan hadiah kemenangan tempat pertama, pasukan yang diwakili empat anak tempatan itu juga membawa pulang hadiah tambahan sebanyak RM44,000.

Ia diperoleh selepas mereka berjaya mengutip Chicken Dinner (mata kemenangan) sebanyak lima kali dan meraih  Anugerah Pasukan Paling Popular di Malaysia serta Anugerah Pemain Terbaik.

Tambah membanggakan, mereka juga turut menewaskan pasukan jaguh dunia dari Indonesia, Bigetron Red Aliens serta berjaya menempah slot untuk beraksi di Liga Dunia PUBG Mobile.

Buat anda yang tidak mengenali pasukan Yodoo Gank, mereka diwakili empat anak muda; Aiman Mohamad (Man Parang), Abdul Azim Ikromi, Abdul Rashid (Draxx), Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) dan juga Ahmad Fuad Razali (Fredo).

Yoodo Gank are your new champions of PMPL Southeast Asia! 🏆 Show them some love and share this post! Play PUBG Mobile…

Posted by Yoodo Esports on Sunday, 3 May 2020

Pencapaian pasukan ini juga turut meraih perhatian Menteri Belia Dan Sukan Reezal Merican Naina Merican yang turut mengucapkan tahniah melalui ciapan yang dibuat awal pagi tadi.

Penyertaan dalam e-Sport seringkali dikaitkan dengan pulangan yang lumayan kepada pemain dan pasukan dan pendapatan serta hasil kemenangan mereka sentiasa menjadi tumpuan peminat sebelum.

Malah, pemain Mobile Legends Bang-Bang negara, Soloz sebelum ini turut mengejutkan ramai apabila dikatakan berjaya membeli kereta mewah hanya dengan bermain game.

Baca perkongsian kami di pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kisah Soloz dan kereta mewah miliknya sebelum ini. 

Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya

Suri Rumah Ini Jana Pendapatan Sebanyak 5 Angka Sebulan Melalui Penstriman Permainan Video PUBG

Anda Mungkin Suka