Umum ramai mengetahui salah satu faktor utama kemalangan berlaku di negara ini disebabkan pengguna jalan raya sering kali melanggar lampu isyarat merah. Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam yang telah mengundang perbualan orang ramai.

Seorang pemandu Myvi tidak bernasib baik apabila keretanya dilanggar motosikal semasa dia sedang membelok masuk ke simpang kanan jalan. Pada waktu itu, lampu isyarat di laluannya menunjukkan warna hijau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video kemalangan tersebut membuatkan orang ramai berasa sangat simpati terhadap pemandu Myvi itu kerana beberapa saat sebelum dia dilanggar, sebuah kereta Proton Saga dan Exora telah melanggar lampu isyarat merah. Namun kedua-dua kereta tersebut ‘selamat’ sahaja membelok masuk simpang.

Impak pertembungan tersebut telah menyebabkan kereta Myvi itu berpusing arah melanggar lampu isyarat yang berada di jalan bertentangan. Manakala penunggang motosikal itu pula terpelanting beberapa meter ke hadapan selepas gagal mengelak ketika melanggar lampu isyarat merah di laluannya.

Ramai yang menyamakan insiden tersebut seperti satu refleksi kehidupan di Malaysia. Orang yang melakukan kesalahan selalunya terlepas, manakala orang yang selalu melakukan kebaikkan pula yang dihukum.

Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Ada netizen mendakwa kawasan Jalan Tun Lim Chong Eu simpang ke Macallum itu merupakan ‘lokasi kegemaran’ pengguna jalan raya melanggar lampu merah, cuma kadang-kala nasib tidak baik akan ada kemalangan berlaku di situ.

Semoga rakaman dashcam ini dapat memberikan iktibar kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi lampu isyarat merah agar dapat menghindari kemalangan yang boleh dielakkan sejak awal-awal lagi.

Klik pautan di bawah untuk lihat rakaman seorang penunggang motosikal nyaris jadi mangsa kemalangan selepas sebuah Ford Mustang terbabas.

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang

Sesak Diserbu Pengunjung Dan Banyak Sampah, ‘Spot’ Viral Lihat Kapal Terbang Kini Ditutup

Netizen Geleng Kepala Lihat Orang Dewasa Berebut Hot Wheels Di Toys “R” Us

Sumber