Pertama sekali, tahniah kepada Cristiano Ronaldo kerana lapangan terbang di kepulauan Madeira telah menukar nama baharu sempena namanya kepada Cristiano Ronaldo International Airport.

Cristiano Ronaldo adalah anak kelahiran kepulauan Madeira dan tiada yang lebih baik daripada memberi penghargaan dengan mengabadikan nama Ronaldo ke sesebuah tempat. Laman Wikipedia Madeira International Airport juga sudah diubah kepada namanya yang terbaru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cristiano Ronaldo memang individu yang banyak mengharumkan nama Portugal dan beliau layak untuk diberikan pengiktirafan begini. Tetapi ketika majlis penukaran nama lapangan terbang ini berlangsung, bukan kedatangan Ronaldo yang jadi tumpuan, tetapi patung Ronaldo yang akan berada di lapangan terbang itu pula yang jadi tumpuan dunia.

Jika sekali pandang, mungkin nampak muka Ronaldo tu. Tetapi jika dipandang berkali-kali, macam ada sesuatu yang tak kena pula. Begitu juga peminat Ronaldo di serata dunia. Wajahnya yang tersenyum itu mengundang orang ramai membuat photoshop battle terutamanya di laman Twitter.

Tangkas betul netizen kalau ada benda-benda sebegini. Dan ada juga yang membuat conspiracy theory mengatakan pengukir muka patung Ronaldo ini adalah peminat tegar Barcelona! Buat masa ini patung berkenaan akan kekal di Cristiano Ronaldo International Airport. Adakah ianya akan diganti di masa akan datang? Itu kita kena tunggu. Jadi di bawah ini antara reaksi netizen yang menarik kami jumpa di media sosial. Semoga terhibur. Siiiiiii!

https://twitter.com/smoggy_smithy/status/847394315512946688