Mirip The Underwater Museum di Eropah, Bali, Indonesia juga tidak lama lagi bakal memperkenalkan tarikan pelancongan terbarunya yang hampir sama iaitu dengan memaparkan karya-karya patung di dasar laut. Berita baik untuk kaki travel, nanti ada aktiviti baru untuk anda explore di Bali.

Seperti yang dipetik dari Lonely Planet,  Gili Meno, lokasi terkenal dengan tempat menyelam di Indonesia ini tidak lama lagi akan memperkenalkan spot menyelam yang baru dan lebih unik. Spot baru ini memiliki sebanyak 48 arca patung berbentuk manusia yang diletakkan di dasar laut. Patung-patung unik ini adalah hasil karya seorang seniman antarabangsa Jason deCaires Taylor dengan kerjasama Resort Bask di Gili Meno. Dengan adanya tarikan terbaru ini, diharap tempat ini bakal menerima lebih ramai pelancong pada masa akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1
Gambar: Lonely Planet

Ukiran patung-patung unik yang diletakkan di dasar laut ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Villa Bask. Selain bertujuan menarik pelancong, fungsi meletak patung di dasar laut ini adalah sebagai medium untuk menggalakkan pertumbuhan terumbu karang dan hidupan laut yang lain. Menurut  Jason Taylor, dengan cara ini tumbuhan dan karang laut yang lembut dapat tumbuh dengan lebih cepat di atas permukaan patung dan akan mengeras sehingga mampu menggalak pertumbuhan terumbu karang yang baru.

Secara asasnya selain daripada untuk menarik minat pelancong, patung-patung ini juga berfungsi sebagai tempat pembiakan terumbu karang sekaligus memelihara hidupan laut tersebut.

2
Gambar: Lonely Planet
3
Gambar: Lonely Planet

Meskinpun begitu, projek yang dijangka siap pada tahun 2019 ini bagaimanapun mendapat tentangan dari pihak pemerintahan Lombok serta masyarakat setempat kerana dikaitkan dengn unsur-unsur pornografi. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kabupaten Lombok, karya patung-patung yang dipamerkan ini mengandungi unsur pornografi dan bersifat eksploitasi terhadap wanita.

Rekabentuk patung mengambarkan seorang lelaki memeluk seorang wanita yang mengenakan bikini dan kain yang menutupi bahagian bawah tubuhnya itu dianggap sebagai gaya eksploitasi terhadap wanita dan berlawanan dengan nilai-nilai budaya masyarakat setempat di daerah Lombok Utara.