Sekiranya sebelum ini para peminat cuma berpeluang mendapatkan patung figura dengan keluarnya filem adiwira atau robot daripada Hollywood, nampaknya buat julung-julung kalinya filem tempatan arahan Aziz M Osman bakal hadir dengan patung figura tersendiri.

Siri filem fiksyen sains XX Ray IIIĀ  ini merupakan sebuah filem trilogi yang sudah lama dinantikan peminat filem tanah air. Dalam menawarkan kelainan pada filem ini, pihak terbitan filem mengeluarkan patung figura Prof. Amir Hamzah secara terhad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan maklumat di laman jualan, cuma 200 ratus patung figura Prof. Amir Hamzah telah ditawarkan dimana setiap satunya mempunyai nombor siri yang tersendiri. Harga bagi sebuah patung figura ini adalah bernilai RM149.90.

Buat para peminat siri filem XX Ray yang sudah hampir 24 tahun menanti trilogi filem ini, kami yakin anda pasti tidak mahu melepaskan peluang dalam mendapatkan patung figura edisi terhad ini. Anda boleh klik disini untuk menjadi 200 peminat terawal mendapatkan patung figura eksklusif ini.

xxray3fig-01

xxray3fig-02

Sumber