Jika ke Singapura, tidak sah kalau tidak bergambar dengan patung ikonik Merlion yang merupakan lambang negara Singapura. Patung ikan duyung berkepala singa tersebut dikhabarkan akan dihancurkan tidak lama lagi.

Patung Merlion yang akan dimusnahkan adalah patung Merlion tertinggi dimana memiliki ketinggian 37 meter dan terletak di Pulau Sentosa. Malah, patung tersebut dikatakan akan dimusnahkan selepas 20 Oktober 2019.

menjelajahi-seluk-beluk-sentosa-merlion-tower
Sumber: Google

Untuk pengetahuan anda, patung itu akan dirobohkan kerana pembangunan projek untuk menjadikan Pulau Sentosa lokasi terbesar dan menarik lebih ramai pengunjung.

Menurut Ketua Pembangunan Sentosa Quek Swee Kuan, tiada rancangan untuk memindahkan patung Merlion itu ke lokasi lain. Jika anda belum berkesempatan untuk ke sana, inilah masanya untuk anda ke sana sebelum ia dirobohkan.Akan tetapi, patung Merlion yang terletak di tepi sungai Singapura tidak akan dihancurkan.

AirAsia kini sedang hangat mengadakan promosi tempat duduk percuma. Ini peluang anda untuk beli tiket murah ke Singapura untuk lihat Merlion ini sebelum dimusnahkan.

Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Kini Kembali

Pelancong Bakal Dipenjara Setahun Jika Bersekedudukan Di Bali

Monumen Titik Tengah Semenanjung Malaysia Di Temerloh Bakal Siap Dibina