Permintaan terhadap kolaborasi Louis Vuitton (LV) dan Supreme masih lagi tinggi walau untuk apa jenis produk sekali pun. Pada 9 November lalu, LV menghasilkan satu patung teddy bear yang diperbuat daripada denim LV x Supreme untuk dilelong di laman eBay.

hanya satu unit patung ‘Pudsey Bear’ bersaiz 28-inci ini dihasilkan dan segala keuntungan akan disalurkan ke badan kebajikan BBC Children In Need. Sebanyak 186 telah dibuat sepanjang 10 hari ini dan pemenang rasmi diumumkan semalam kepada pembida misteri pada harga 80,300 GBP (RM441,000+-)!

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

sup bear 3

sup bear 2

Pembida misteri ini mungkin membelinya untuk diletakkan di dalam rak khas di dalam rumahnya atau sebagai hadiah untuk anak kesayangannya. Walaupun mungkin nampak membazir tetapi jika keuntungan disalurkan ke badan kebajikan, ianya seperti membeli sambil menderma. Tiada siapa yang rugi di sini. Kita tunggu dan lihat siapa indentiti sebenar pembida misteri ini.

Anda Mungkin Suka