Siapa tak kenal kapten pasukan Argentina berjersi no 10 ini, tidak lain tidak bukan Lionel Messi atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Messi sahaja. Walaupun telah menampilkan kejayaan yang cemerlang, namun ada sahaja pihak yang tidak bersenang hati. Perkara yang sama berlaku kepada bintang bola sepak dunia ini.

Patung berupa tugu penghormatan milik bintang Barcelona yang terletak di Rio de la Plata ini baru sahaja menjadi mangsa vandalisma yang brutal. Lebih kejam apabila bahagian kepala patung ini dipenggal, ia kelihatan lebih dasyat dari apa yang berlaku terhadap menara Soviet di Rusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: Vandalisma Paling ‘LOL’ Di Rusia, Bintang Menara Soviet Kini Berwajah Patrick

Berita ini sudah tentunya menimbulkan rasa sedih dikalangan peminat tegar Messi, apatah lagi tugu ini baru sahaja dibina pada tahun lepas dan dirasmikan sendiri oleh datuk bandar Horacio Rodriguez Larreta. Bagaimanapun, pihak bandaraya berjanji akan membaiki semula patung yang menjadi hiasan di Glory Walkaway, tempat penghormatan bintang olahraga Argentina ini pulih seperti sediakala.

Ini menunjukkan tidak semua rakyat Argentina menyukai Messi, dan topik ini menjadi perbualan yang hangat dibincangkan di Twitter. Jika anda masalah, lembu pun ada masalah, Messi pun ada masalah. Sebagus-bagus Messi pun masih ada yang tidak suka apatah lagi jika tidak bagus. Bertabahlah.

Sumber