Momo Challenge mula mendapat perhatian ramai semenjak tahun lepas disebabkan interaksi orang ramai dengan figura berwajah seram yang dikenali sebagai Momo. Interaksi ini kebanyakkannya terjadi melalui panggilan telefon atau mesej.

Semalam dalam satu laporan oleh Engadget, orang dewasa paling ramai terjebak di dalam permainan ini sehingga meragut nyawa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

n-momo-b-20190307-870×580

Momo dicipta oleh seorang pereka seni, Keisuke Aiso. Pada awalnya, Momo hanya dikenali sebagai ‘Mother Bird’ yang dipamerkan di sebuah galeri seni seram di Jepun 3 tahun lalu.

Namun beberapa individu tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan patung berkenaan dengan menyebarkan gambar Mother Bird dan seterusnya mereka cerita yang kononnya Momo boleh meragut nyawa manusia seperti lagenda ‘Slenderman’ dan ‘The Rake’.

Momo-Is-Dead

Sehingga kini, sudah hampir ribuan kes yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa yang melakukan perbuatan yang merbahaya sehingga menyebabkan beberapa orang mangsa bunuh diri akibat terlalu terpengaruh dengan arahan Momo Challenge ini. Beberapa kes bunuh diri dilaporkan di seluruh dunia.

Antara kes bunuh diri yang direkodkan ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina, remaja berusia 18 tahun di India, kanak-kanak berusia 12 tahun dan 16 tahun masing-masing dari Colombia. Jika dilihat daripada isi kandungan mesej diantara Momo dan mangsa, orang ramai menganggap perkara ini sama seperti Blue Whale Challenge.

Bukan itu sahaja, dilaporkan mangsa paling muda yang pernah direkodkan ialah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang dihantui dengan mesej Momo. Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Adeline dari Florida dilaporkan berada dalam keadaan trauma apabila menerima mesej yang berunsurkan brainwash yang menyuruh Adeline untuk masuk ke dalam tong sampah dan seterusnya menyuruh Adeline untuk terjun dari tempat tinggi.

Sebuah lagi kes baharu sahaja berlaku minggu lalu ialah seorang kanak-kanak berusia 5 tahun di Cheltenham, England memotong rambutnya dan mendakwa Momo menyuruh dia untuk melakukan perkara tersebut.

momo

Keisuke Aiso akhirnya mengambil keputusan untuk memusnahkan patung ‘Mother Bird’ dan beberapa lagi karyanya yang sudah mula rosak atau mereput. “Patung berkenaan sudah dimusnahkan tahun lalu kerana sudah mula rosak. Saya musnahkannya bukan disebabkan kes yang melibatkan Momo Challlenge ini,” kata Aiso.

Kini Keisuke Aiko hanya memiliki sebelah mata ‘Mother Bird’ yang sudah rosak dan merancang untuk menggunakan mata tersebut untuk karya baharu.

momoch]

Mujur sahaja Momo Challenge tidak menghantui dan menghasut fikiran rakyat Malaysia kerana sikap rakyat Malaysia sendiri yang lebih bijak membalas pesanan Momo dengan ‘troll’ dan lawak jenaka.

capture-20190307-101540-horz