Pengeluar figura Jepun, Yume MRC baru-baru ini melancarkan patung Vegeta bersaiz sebenar yang pasti buat peminat siri Dragon Ball teruja.

Patung ini akan dihasilkan sangat terhad (150 unit sahaja) dan mempunyai ketinggian 6.9 kaki. Patung ini menampilkan rekaan putera Saiyan ini dalam bentuk Super Saiyan seperti dalam episod kemunculan beliau dalam animasi Dragon Ball Z. Koleksi ini turut dilengkapi dengan scouter dan kepala patung yang boleh tukar jika anda membeli edisi combo patung ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dragon Ball Z x MRC Vegeta ini akan di jual dengan harga $3,990 (RM16,668.62) versi biasa dan $4,665 (RM1,9488.50) versi combo. Kepada yang berminat anda boleh menempahnya di laman Anime Collect.

dragon-ball-z-yume-mrc-life-size-vegeta-statue-01

dragon-ball-z-yume-mrc-life-size-vegeta-statue-02