Umum mengetahui, Isa Isarb sering menghasilkan konten prank dan challenge. Kadangkala, konten yang dihasilkan menerima respon negatif daripada para penonton.

Terbaharu, Isa Isarb telah menganjurkan cabaran dengan harga bernilai RM10,000 di Gardens Arenas, Rawang. Cabaran tersebut sepatutnya dianjurkan selama 13 hari tetapi tergendala semalam apabila kejadian tidak diingini berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

@camiketu

Siapa tuan badan punya selipar? #fyp #esekeli #masukberanda #isaisarb

♬ original sound – mrjumboofficial – 𝕭𝖔̈⚡

Menerusi perkongsian beberapa netizen yang berada di sana, cabaran tersebut terpaksa dibatalkan apabila seorang wanita mengandung terjatuh akibat terlanggar besi pintu ketika bersesak dan berebut untuk menyertai cabaran yang dianjurkan.

Selepas terjatuh, suami wanita mengandung tersebut dilihat mengamuk. Hal tersebut dilihat diselesaikan dengan tenang oleh Isa Isarb apabila menawarkan untuk bawa wanita tersebut ke hospital dan juga meminta maaf kepada pasangan itu walaupun awalnya keadaan agak tegang.

Isu tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam suami kepada wanita mengandung tersebut kerana membawa wanita itu menyertai cabaran.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan seharusnya mereka sudah dapat menjangkakan keadaan akan sesak dan berbahaya untuk wanita mengandung kerana hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.

Malah, rata-rata netizen mengatakan pihak penganjur seharusnya mengambil kira faktor keselamatan mereka yang hadir agar kejadian buruk tidak berlaku.

P/s: YouTuber itu telah menyewa ruang daripada pengendali Gardens Arenas dan cabaran itu dikendalikan secara peribadi oleh pihak Isa Isarb.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Isa Isarb pada pautan di bawah ini.

‘Prank’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen

‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara

Hanya Mahu Keadilan, Mangsa Pukul Geng Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar