Ketika diumumkan pada belanjawan Selangor 2020 yang lalu, kerajaan Selangor menerima respon yang pelbagai apabila bermula tahun hadapan, warga asing (bukan rakyat Malaysia) perlu membayar RM1 jika menggunakan perkhidmatan Bas SMART Selangor.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata, semua bas SMART Selangor akan menggunakan sistem ‘Tap To Ride’ bagi membolehkan warga negara menggunakan kad pengenalan untuk menaiki bas itu secara percuma.

Menjadi persoalan di sini adalah mengapa ada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati apabila Kerajaan Selangor mengenakan caj RM1 kepada warga asing? Sedangkan pemilik kad pengenalan Malaysia tidak perlu pun membayar caj RM1 berkenaan?

Realitinya, majoriti yang memberi respon di media sosial bukan pun pengguna Bas SMART Selangor dan mereka tidak mengetahui pun siapa pengguna seharian untuk Bas SMART Selangor ini.

Saya antara penumpang yang pernah menggunakan servis Bas SMART Selangor di Shah Alam. Di Shah Alam, majoriti penggunanya adalah pelajar universiti dan juga sekolah. Namun, berdasarkan respon daripada rakan yang turut menggunakan Bas SMART Selangor di kawasan lain mengatakan majoriti penumpang Bas SMART Selangor adalah warga asing.

https://twitter.com/nizambakeri/status/1191579807693164544

https://twitter.com/ElisaHanim/status/1191647190055153666

Jadi, apa relevannya caj RM1 ini dikenakan pada warga asing?

1. Kos selenggara dan minyak bas

Tahukah anda Bas SMART Selangor beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari? Di sesetengah kawasan popular, bas akan mempunyai kadar kekerapan 20 hingga 30 minit. Jadi, anda tidak perlu menunggu lama untuk ke destinasi yang dituju.

Caj RM1 ini sedikit sebanyak dapat menampung kos selenggara dan minyak bas yang beroperasi tanpa henti untuk kemudahan rakyat.

2. Menambah Jumlah bas bagi laluan Bas SMART Selangor

Bas SMART Selangor kini mempunyai 41 laluan di 11 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan 130 bas mendapat sokongan padu dalam kalangan rakyat.

“Jumlah penumpang bagi tempoh sehingga 31 Ogos tahun ini adalah sebanyak 38 juta. Kerajaan negeri memberi jaminan serta komitmen untuk mengekalkan kelangsungan perkhidmatan ini dengan peruntukan RM30 juta pada tahun 2020,” jelas Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2020.

https://twitter.com/afifahilyana/status/1192120338756202497

Caj RM1 sebenarnya adalah kadar yang sangat berpatutan dengan servis yang ditawarkan. Jika rakyat asing menggunakan pengangkutan awam yang lain seperti teksi dan juga Grab, kadarnya pasti lebih tinggi.

Buat penduduk setempat yang sememangnya menggunakan Bas SMART Selangor dalam kehidupan seharian, mereka sangat mengalu-alukan keputusan kerajaan Selangor ini. Apa pula pendirian anda untuk isu caj RM1 ini?

Ini pula jangkaan awal kami tentang Belanjawan Selangor 2020 sebelum ianya dibahaskan pada 1 November yang lalu

Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?

Tersenarai 50 Sungai Paling Tercemar Di Dunia Jadi Sebab Interceptor Bersihkan Sungai Klang

Sumber