Sudah menjadi kebiasaan pada ketika ini di mana orang ramai lebih selesa untuk mendapatkan barangan secara dalam talian. Selain daripada tidak perlu bersesak mencari barangan yang diingini, penawaran barangan yang pelbagai dengan harga yang rendah juga antara yang membuatkan pembelian secara dalam talian menjadi pilihan.

Maka tidak hairanlah munculnya pelbagai syarikat kurier terbaru bagai cendawan selepas hujan. Dalam pada itu, meskipun kerap lagi tular, masih terdapat lagi segelintir pekerja syarikat kurier yang seolah tidak sensitif dengan barangan pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, tular sebuah perkongsian video daripada laman Facebook We Are Malaysians yang menyaksikan pekerja daripada sebuah syarikat kurier ini dengan selamba baling barangan pelanggan.

Video yang tular tersebut sekaligus membuat para netizen khususnya pelanggan yang menerima daripada syarikat kurier ini berang. Malah, terdapat netizen yang memaklumkan barangannya pecah sebelum ini menerusi penghantaran syarikat kurier ini.

Sumber: facebook we are malaysians
Sumber: facebook we are malaysians
Sumber: facebook we are malaysians

Sehubungan dengan itu, orang ramai mengharapkan agar syarikat ini mengambil tindakan terhadap segelintir pekerja mereka yang tidak serius dalam menguruskan barangan pelanggan. Tidak kurang juga yang mengharapkan agar situasi ini tidak lagi berlaku khususnya melibatkan pekerja kurier meskipun daripada syarikat lain.