Sejak kehadiran aplikasi TikTok, dapat dilihat orang ramai tidak kira kanak-kanak mahupun selesa tanpa mengira jantina seolah lebih selesa untuk menari serta dikongsikan untuk tontonan orang ramai.

Hal ini turut dikaitkan dengan kehadiran lagu-lagu yang tular pada ketika itu di mana terdapat pengguna TikTok yang memilih untuk turut serta dalam trend tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, bersempena dengan sambutan Hari Guru, tular sebuah video menerusi perkongsian Instagram @ahhauanakmalaysia yang menyaksikan seorang pelajar lelaki yang didakwa berbakat dalam menari lagu yang dipopularkan oleh Jisoo Blackpink bertajuk Flower.

Tampil dengan baju unit beruniform, tarian pelajar lelaki ini telah mendapat galakan daripada guru dalam video serta turut ditonton oleh para pelajar lelaki dan perempuan.

Meskipun mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, para netizen berpendapat tarian yang dipamerkan seolah tidak bersesuaian dengan pelajar lelaki.

Malah, terdapat netizen yang mempersoal sekiranya mengajar lelaki menari tarian seperti ini sebagai child grooming. Tidak kurang juga yang berpendapat aktiviti ini seolah membentuk seorang lelaki untuk menjadi ‘lembut’. Berikut merupakan respon netizen terhadap tarian pelajar ini.

Sumber: Instagram @ahhauanakmalaysia
Sumber: Instagram @ahhauanakmalaysia
Sumber: Instagram @ahhauanakmalaysia

Sementara itu, netizen berpendapat terdapat banyak lagi aktiviti atau tarian lain yang boleh diajarkan oleh para guru dalam membentuk karakter seseorang pelajar.