Drama bersiri Projek High Council menjadi bualan ramai dan dalam drama tersebut yang dibintangi beberapa pelakon baharu menjadikan drama itu sebagai batu loncatan untuk mereka mencipta populariti.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video memaparkan Mierul Aiman yang terkenal dengan watak lakonannya Fakhri Ismet dalam drama Projek High Council ketika berada di sebuah majlis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video tersebut, dapat dilihat sambutan luar biasa daripada peminatnya. Akan tetapi, tindakannya selamba hisap vape ketika majlis tersebut telah menjadi perhatian ramai.

Rata-rata netizen berasa hairan kerana Mierul boleh hisap vape di hadapan orang ramai terutama sekali dirinya kini sudah bergelar selebriti.

Malah, para netizen turut menasihatinya agar menjaga tingkah laku kerana dia sepatutnya menjadi ‘role model’ kepada peminatnya dan menegur perbuatannya yang dianggap tidak profesional itu.