Sebelum ini, kerajaan negeri Perak mengumumkan akan menjual tanah yang menempatkan Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan secara tender terbuka.

Untuk pengetahuan anda, istana ini merupakan istana rasmi Raja Muda Perak yang dibina sekitar tahun 1922 dan pernah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak. Istana yang memiliki kawasan seluas sekitar dua hektar ini ditender untuk pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan perkhabaran tersebut. Malah, para netizen turut mengatakan sewajarnya istana tersebut dipulihara kerana ia merupakan khazanah negara dan memiliki sejarah tersendiri.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga mengatakan keputusan yang diambil untuk menjual istana terbabit akan menyebabkan negara kehilangan khazanah yang semestinya bernilai untuk generasi akan datang.

Terbaharu, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri Perak akan membincangkan semula keputusan menjual tanah istana terbabit berikutan terdapat bantahan dan pandangan baharu mengenai keputusan itu.

Menurutnya, sebarang keputusan mengenai tanah serta istana itu perlu dibuat dalam mesyuarat Exco kerana merupakan keputusan Exco yang lalu. Terdahulu, pelbagai pihak termasuk pencinta sejarah membantah tindakan untuk menjual istana lama itu kerana ia dianggap sebagai warisan sejarah Kesultanan Perak dan wajar dikekalkan dan dipulihara.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan khazanah warisan pada pautan di bawah ini.

Malaysia Bakal Rugi Besar Di Masa Depan Jika Tapak Warisan Sejarah Ini Diranapkan

23 Sebab Kenapa Tapak Warisan Sungai Batu Di Kedah Mesti Dipertahankan

10 Masjid Bersejarah Di Iktiraf Sebagai Warisan UNESCO Yang Jarang Kita Lihat

Sumber