Sejak mula Pavilion Kuala Lumpur dibuka pada tahun 2007, tempat ini berjaya menjadi pilihan orang ramai khususnya anak muda untuk membeli belah dengan seleksi barangan yang pelbagai.

Kejayaan ini nampaknya telah membuatkan Pavilion bakal membuka cawangan kedua mereka yang bertempat di Bukit Jalil. Dilaporkan Pavilion Bukit Jalil bakal menjadi sebahagian daripada projek pembangunan Bukit Jalil City yang bakal dibangunkan dengan keluasan tanah melebihi 1 juta kaki persegi.

19-Overall
Sumber: bukitjalilcity

Selain itu, pihak Pavilion Bukit Jalil sedang cuba memperluaskan lagi tanah yang bakal dibangunkan dengan tambahan sebanyak 300,000 kaki persegi. Secara perbandingan, saiz Pavilion Bukit Jalil adalah 30 hingga 35% lebih besar berbanding Pavilion Kuala Lumpur

Antara rangkaian yang sudah dipastikan bakal dibangunkan di Pavilion Bukit Jalil adalah Parkson, Food Republic, Harvey Norman serta Dadi Cinema, sebuah rangkaian pawagam kedua terbesar di China. Tidak hanya memfokuskan kepada pelanggan dalam negara, pusat membeli-belah ini dijangka bakal menarik pelancong negara luar sebanyak 10-15%.

Pavilion-Bukit-Jalil-facade
Sumber: insideretail Asia

Pembangunan Pavilion Bukit Jalil juga dikatakan bakal meletakkan Kuala Lumpur sebagai pusat membeli-belah terhebat berbanding negara-negara jiran menurut YB Muhammad Bakhtiar Wan Chik selaku Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Sebelum ini, dilaporkan menara kediaman tertinggi Malaysia bakal dibina di Bukit Bintang. Turut dikongsikan lima sebab kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menjadi tumpuna kaki shopping.

Menara Kediaman Tertinggi Malaysia Bakal Dibina Di Bukit Bintang

5 Sebab Kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kini Jadi Tumpuan Kaki ‘Shopping’!

 

Sumber