Omega dan Swatch telah tampil bekerjasama dalam satu projek koleksi jam tangan yang tidak pernah dijangka sehingga mencipta tarikan dari peminat jam tangan di Malaysia.

Mengambil namanya daripada perkataan Swatch dan Moonwatch, koleksi pertama hasil kerjasama kedua jenama iaitu BIOCERAMIC MoonSwatch menampilkan semula Speedmaster Moonwatch dengan sentuhan dinamik dan pilihan warna yang jarang dilihat oleh orang ramai.

Mengekalkan keaslian kepada warisan Speedmaster Moonwatch, koleksi ini mendapat inspirasi dari angkasa dengan menampilkan 11 model yang dinamakan sempena planet dalam sistem suria kita – daripada matahari kepada gergasi ais dan planet kerdil.

Melalui muat naik di Instagram @PavilionKualaLumpur, difahamkan bahawa koleksi Omega x Swatch ini secara rasmi akan ditampilkan kepada umum pada hari ini, 26 March bermula jam 10 pagi.

“Dengan harga runcit RM1,065, koleksi BIOCERAMIC Moon-Swatch tersedia secara eksklusif di Malaysia di Swatch Pavilion KL, Aras 4 mulai 26 Mac dan seterusnya,” kata Pavilion dalam kenyataan mereka.

Difahamkan, melalui muat naik akaun Instagram @StreetSense, peminat jam tangan sudah mula beratur untuk merebut koleksi ini sejak malam lagi di Pavilions Kuala Lumpur. Dan barisan panjang ini tidak hanya terjadi di Malaysia, tetapi rupanya satu dunia. Lihat beberapa perkongsian orang ramai di sosial media.

Dan disebabkan koleksi ini mendapat sambutan yang tidak dijangkakan, pihak Swatch turut mengeluarkan kenyataan bahawa pelanggan yang berminat untuk membeli hanya dibenarkan membeli satu jam tangan untuk satu orang.

https://www.instagram.com/p/Cbi41-ftPCN/?utm_medium=copy_link

Jam tangan ini direka dalam BIOCERAMIC yang dipatenkan oleh Swatch, gabungan inovatif seramik dan plastik sumber bio yang mampan yang diperkenalkan pada tahun 2021.

Sebagai tambahan, setiap MoonSwatch selesai dengan pernyataan misinya sendiri dan gambaran planetnya pada penutup bateri.

Bape x Swatch tampil dengan koleksi jam tangan edisi terhad. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

BAPE x Swatch Tampil Dengan Koleksi Jam Tangan Edisi Terhad

Swatch Hasilkan Jam Tangan Mickey Mouse Edisi Terhad

OMEGA Raikan James Bond ‘No Time To Die’ Dengan Jam Seamaster Diver 300M 007 Edisi Khas