Selepas terpalit dengan beberapa isu antara beliau dan suami sebelum ini, Youtuber masakan S Pavithra akhirnya membuat kemunculan kembali di channel YouTube mereka pada semalam.

Walaupun menimbulkan sedikit kekeliruan dalam kalangan pengikut sebelum ini sama ada mereka masih akan meneruskan perkongsian resipi mereka, kemunculan Pavithra semalam pastinya menjawab segala persoalan yang timbul seperti sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

pavithra

Dalam perkongsian terbarunya itu, Pavithra dilihat berkongsikan resipi Dalca Tulang Kambing yang dimasaknya dalam video berdurasi enam minit itu di YouTube.

Sehingga artikel ini ditulis, video Pavithra itu sehingga kini sudah pun mencatatkan 186,063 tontonan selepas tidak sampai 24 jam ia dimuat naik.

Tambah mengujakan, jumlah subscriber di channel nya juga dilihat masih berada di landasan tepat untuk menuju ke angka sejuta walaupun video-video masakannya yang terdahulu telah dipadamkan sebelum ini.

Anda boleh menonton video comeback Pavithra berkongsikan resipi Dalca Tulang Kambing di pautan di bawah.

Channel Sugu Pavithra sebelum ini mencetuskan tanda tanya selepas video-video mereka sebelum ini dipadam dan telah dikosongkan daripada YouTube. Baca perkongsian kami di pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya. 

Channel ‘Sugu Pavithra’ Di YouTube Kini Kosong Tanpa Video

Padam Semua Video Di YouTube, Ini Penjelasan Sebenar Daripada ‘Sugu Pavithra’