Disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, pawagam drive-in atau tonton dari dalam kereta nampaknya bakal jadi popular semula.

Tontonan filem dalam kereta sudah pun diperkenalkan di Amerika Syarikat sejak 6 Jun 1933 lagi dan disebabkan pawagam yang lebih muncul, konsep drive-in ini semakin dilupakan. Tetapi syarikat M-Junction melihat permintaan untuk tayangan filem seperti ini ada serta boleh dikembangkan dan bakal membuka pagagam tonton dalam kereta pertama di Malaysia tidak lama lagi.

https://www.instagram.com/p/CCDT2yxlX_s/

Walaupun pawagam sudah mula beroperasi bermula 1 Julai lalu selepas ditutup selama hampir empat bulan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada yang kurang gemar duduk berjarak dan antara kerusi serta tidak dapat membawa anak kecil tonton sama-sama filem di pawagam.

Tetapi pawagam drive-in ini pastinya akan menyelesaikan masalah menonton filem bersama keluarga atau rakan tanpa perlu bimbang mengganggu orang sebelah dan lain-lain.

Thailand antara negara pertama di Asia Tenggara yang sudah memulakan konsep pawagam drive-in ini. Ternyata ia mendapat sambutan yang baik daripada peminat filem di sana.

Setakat ini, tiada pemberitahuan filem apa yang akan ditayangkan serta lokasi di mana pawagam drive-in ini akan dianjurkan. Buat sementara waktu, anda boleh tinggalkan alamat e-emel di sini untuk senarai menunggu.

Sementara menunggu pawagam drive in ini, ini pula senarai filem yang ditayangkan di pawagam bermula 1 Julai 2020. Klik pada pautan di bawah.

Ini 9 Filem Hebat Yang Akan Ditayangkan Di Pawagam Bermula 1 Julai 2020

Lihat Transformasi Bilik Kecil Jadi Pawagam Mini Di Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Panggung Wayang Dipenuhi Kulat Selepas Hampir 2 Bulan Tidak Beroperasi

Sumber