Umum sudah ketahui pawagam GSC di Pavilion, Kuala Lumpur akan ditutup secara rasmi pada 17 Februari 2020 ini. Beroperasi selama 12 tahun, pastinya pawagam ini memiliki 1001 memori anda yang sering berkunjung ke sini.

Penutupan pawagam GSC tersebut diumumkan oleh pihak GSC sendiri 2 hari yang lalu dan pasti ada daripada anda yang bersedih dengan berita ini.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →

Terbaharu, pihak Pavilion Kuala Lumpur mengatakan bahawa pawagam GSC akan digantikan dengan pawagam dari China iaitu Dadi dan dijangka akan dibuka pada suku ketiga tahun 2020. Untuk pengetahuan anda, Dadi Cinema Group merupakan syarikat kedua terbesar rangkaian pawagam di China.

Posted by Pavilion KL on Thursday, 6 February 2020

Berikutan itu, hal ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Para netizen tidak bersetuju pawagam Dadi yang menggantikan GSC dan meluahkan rasa kecewa mereka dengan pemberitahuan tersebut.

IMG_8617

IMG_8616

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Anda mungkin boleh menonton wayang di GSC Pavilion sebelum ia menutup tirai secara rasmi tidak lama lagi.

Tidak tahu ingin tonton filem apa? Klik pautan di bawah untuk baca ‘review’ filem di pawagam sekarang.

Birds Of Prey Karya Komedi Gelap Yang Penuh Warna-Warni

Kebolehan Luar Biasa Robert Downey Jr. Terjawab Dalam Dolittle

Anda Mungkin Suka