Esok, penduduk di Malaysia bakal menjadi antara yang pertama menonton filem Avengers: Endgame secara rasmi. Walau pun Marvel berasal dari Amerika Syarikat, penduduk Amerika Syarikat cuma akan menonton filem Endgame bermula pada hari Khamis (tayangan awal).

Ketika ini, permintaan untuk tiket Endgame sangat hebat dan disebabkan itu, ada pawagam di Amerika Syarikat yang akan beroperasi 24 jam sehari sepanjang hujung minggu ini.

Ini bermakna, ada pawagam yang akan menayangkan filem Endgame selama 72 jam tanpa henti pada hari Jumaat hingga Ahad. Ini adalah pertama kali dalam sejarah perfileman Amerika Syarikat sebuah filem mendapat permintaan tayangan sehingga awal pagi.

Avengers: Infinity War sebelum ini memegang rekod kutipan USD257 juta (~RM1 bilion) pada hujung minggu pertama ditayangkan di pawagam. Nampaknya Endgame bakal memecahkan rekod tersebut tidak lama lagi.