Salah satu daripada cawangan pawagam CGV Velvet Classic yang menyediakan katil kepada pelanggannya di Palembang, Indonesia diarah tutup. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Datuk Bandar Palembang, Fitrianti Agustinda, penyediakan katil kepada penonton ini disifatkan sebagai idea yang buruk dan boleh mendorong kepada berlakunya aktiviti yang tidak senonoh.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pawagam yang beroperasi sejak bertahun-tahun tanpa sebarang masalah bagaimanapun menerima aduan daripada orang awam tentang masalah yang tercetus baru-baru ini. Menurut Fitrianti Agustinda, penyediaan katil tersebut boleh menggalakkan perbuatan khalwat dan gangguan seksual dalam kalangan penonton.

Sehubungan itu, Fitrianti Agustinda mengarahkan pawagam yang dilengkapi dengan katil itu ditutup sehingga ia ditukar semula kepada kerusi biasa atau lesen perniagaan syarikat itu akan dibatalkan jika gagal mematuhi arahan.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Dalam masa yang sama, Pengurus CGV menyakinkan kemudahan katil itu hanyalah dibuka untuk pasangan berkeluarga bukan untuk pasangan bercinta. Ia semata untuk memberikan keselesaan yang lebih eksklusif ketika menonton filem.

Sumber gambar
  • SUMBER
  • CJ