Sebelum ini, pusat membeli-belah Ampang Park paling tua di Malaysia telah dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan MRT. Kini, Pawagam Odeon juga turut menerima nasib yang sama kerana bakal dirobohkan.

Untuk pengetahuan anda, Pawagam Odeon akan dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan servis apartment dan bangunan perniagaan bertingkat. Malah, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meluluskan usul projek tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
4109712444_254469d48d_b
Sumber: Icemoon/Flickr

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata bahawa akan mengekalkan beberapa ciri-ciri seni bina lama dalam reka bentuk baharu pembinaan tersebut.

Pasti ada segelintir daripada anda memiliki secebis memori terindah berada dan menonton di Pawagam Odeon yang telah dibina pada tahun 1936 ini. Pawagam Odeon terkenal ketika zaman 70-an dan 80-an dan menjadi tempat pilihan ramai orang ketika dahulu.

Bolehkah anda kongsikan memori yang anda ada bersama Pawagam Odeon ini? Baru-baru ini juga, patung ikonik ‘Merlion’ di Singapura juga akan dirobohkan.

Patung Ikonik ‘Merlion’ Tertinggi Di Singapura Bakal Dirobohkan

Cawangan KFC Tertua Pulau Pinang Bakal Ditutup

Sumber