Aktiviti yang sering dilakukan bersama keluarga, pasangan dan juga rakan-rakan ketika berkunjung ke pusat membeli-belah semestinya menonton wayang. Seronok dapat menonton bersama ramai orang.

Terbaharu, Lotus Five Star Cinemas (LFS) Kuala Terengganu yang beroperasi di Paya Bunga (PB) Square tampil dengan kelainan apabila melaksanakan pawagam patuh syariah pertama di Terengganu.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

106171107_4084377188300449_4758368325166452020_o

Untuk pengetahuan ada, pawagam ini telah melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki dan wanita bukan mahram dan juga keluarga sejak beberapa hari lalu. Malah, peraturan tersebut dikenakan terhadap semua pelanggan termasuk pengunjung bukan Islam.

Menurut Pengurus LFS Kuala Terengganu, Mohd Zulmajdi Razali mengatakan bahawa pihaknya telah menerima arahan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memperkenal dan melaksanakan peraturan baharu itu kepada semua pelanggan yang berkunjung ke tempat berkenaan.

Difahamkan, pelaksanaan peraturan itu dikuatkuasakan mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu. Tiket hanya dibeli dengan walk-in di kaunter sahaja ketika ini.

Buat warga Terengganu, kini anda boleh menonton wayang di pawagam patuh syariah. Sementara itu, pawagam berkonsepkan tonton dalam kereta bakal dibuka di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Pawagam Berkonsep Tonton Dalam Kereta Pertama Bakal Dibuka Di Malaysia

Ini 9 Filem Hebat Yang Akan Ditayangkan Di Pawagam Bermula 1 Julai 2020

Lihat Transformasi Bilik Kecil Jadi Pawagam Mini Di Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Anda Mungkin Suka