Sebelum ini, Ustaz Kazim telah mendedahkan keadaan dirinya yang dipercayai terkena sihir dan mengatakan seramai enam individu telah tampil bersemuka dengannya untuk meminta maaf kerana menyihir dirinya.
Susulan itu, tular video TikTok @official_neopawangdiraja dimana dia membuat pendedahan berkenaan orang yang menyihir Ustaz Kazim. Menerusi video tersebut, dia telah melukis 4 individu berbeza yang menyihir Ustaz Kazim dengan cara berbeza.
@official_neopawangdiraja Reply to @thr_lina_sor Lakaran Sosok Sihir Ust Kazim? Waallahuaklam..😔
Sosok yang pertama ialah seorang wanita bertudung dan didampingi oleh makhluk berupa hantu pocong bermata hijau, manakala sosok kedua ialah seorang lelaki berkopiah menggunakan barang sihir seperti rambut, jarum dan tisu peluh mangsa.
Bagi sosok ketiga pula ialah seorang dukun dari Indonesia dimana mempunyai lembaga hitam sebagai lembaga suruhannya dan sosok keempat ialah seorang dukun asli yang menggunakan katak dan jin harimau belaannya.
Menurut lelaki tersebut, dia tidak mengenali individu-individu yang dilukisnya dan tidak berniat untuk menuduh mana-mana pihak. Tambahnya, lakaran yang dikongsikan adalah sebuah lakaran ghaib yang terhasil daripada gerak yang Maha Kuasa.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut. Malah, ada juga segelintir netizen mempersoalkan kebenaran pada lukisan tersebut.
If tak faham. Sy boleh terangkan. Dlm gmbr yg dilukis tu ialah 4 org penyihir yg tinggi ilmuannya. Kalau nk hentam balik pun ko kena ilmu yg tinggi untuk lawan. Kadang2 para2 penyihir ni dia menyantau bkn dari suruhan. Tp adu ilmu prcubaan kpd org tu samada kuat dri dia or tidak.
— 🌹тнe Khey Amir🌹 (@Thehulkey) June 5, 2022
Nak percaya sangat pun tak boleh, tak percaya pun tak boleh. Kalau betullah sampai 4 orang. Ya Allah, kau angkatlah sihir yg dihantar kpd Ustaz Kazim Elias dan kembalikan semula kpd tuannya. Amin. https://t.co/XWJLuoPUaC
— nepp (@hanief_ramli) June 5, 2022
Hidup hidup kena kencing. Sudah lah tu. Balik lah pada rujukan utama orang islam. Bukan bomoh bomoh tiktok ni. https://t.co/rHFFfvnHvI
— imran (@pamlimasepuloh) June 6, 2022
Akan tetapi, ada juga netizen mengatakan bahawa cara perubatan seseorang itu berbeza dan mungkin lelaki itu memang memang boleh melihat benda ‘ghaib’ tersebut.
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mendoakan agar kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan kesemua sihir berjaya dibuang. Di akhir video, lelaki tersebut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sesiapapun.
Sementara itu, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut tentang Ustaz Kazim.Â
Menderita Terkena Sihir, Ustaz Kazim Dedah Enam Individu Sudah Bersemuka Dan Meminta Maaf
‘Shooting Ni Kan?’ – Aeril Zafrel Dikritik Selepas ‘Tegur’ Gambar Ustaz Kazim Ikhtiar Cari Rawatan