Suruhanjaya Narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengeluarkan ganja dari senarai dadah merbahaya yang tidak mempunyai faedah perubatan, lapor UN News.

Bagaimanapun, PBB masih mengekalkan undang-undang yang melarang penggunaan ganja untuk tujuan harian.

Melalui undian yang dibuat, ia menunjukkan perbezaan tipis dengan 27-25. Amerika Syarikat dan United Kingdom antara negara yang menyokong keputusan itu, sementara Rusia, China, Pakistan dan Nigeria antara sejumlah negara yang menentang cadangan terbabit.

Manfaat perubatan ganja telah diketahui sejak zaman dahulu lagi. Tumbuhan ini digunakan dalam perubatan tradisional Cina pada abad ke-15 SM. Ganja juga pernah digunakan semasa zaman Mesir kuno dan Greece kuno, lapor The Conversation.

Keputusan PBB ini dilihat akan mendorong lebih banyak negara untuk meningkatkan akses kepada ubat-ubatan berasaskan ganja. Ia juga diharapkan dapat memicu kajian ilmiah mengenai penggunaan ganja dalam bidang perubatan.

Pada masa kini, terdapat lebih daripada 50 negara yang mengiktiraf ganja sebagai tanaman perubatan. Kanada, Uruguay dan 15 negeri di Amerika Syarikat telah menghalalkan ganja untuk kegunaan harian.

Terdahulu, Thailand melakukan perkara yang sama apabila mengeluarkan ganja dari senarai narkotik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Thailand Keluarkan Ganja Daripada Senarai Narkotik, Mahu Kegunaannya Diperluas

Ini Jawapan Tenang Peniaga Selepas Rakan Kantoi Layan Ganja Ketika Sedang ‘Live’

Bungkusan Ganja Dipercayai Dilontar Dari Negara Seberang Ditemui Di Sempadan Padang Besar

Anda Mungkin Suka