Beberapa hari lepas, pihak Polis Diraja Malaysia telah membuat pengumuman di laman Facebook mereka mengenai jualan lelongan yang akan dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Mereka bakal melelong barangan kemas dan jam tangan yang disita kerana mempunyai kaitan dengan urusan jual beli dadah.

Ini merupakan barangan akan dilupuskan oleh pihak berkuasa yang telah berada dalam simpanan untuk tempoh beberapa tahun. Pihak penganjur juga akan menjual barangan ini kepada pembida dengan bidaan paling tinggi. Sebelum ini, pihak mereka juga pernah menganjurkan dan ia mendapat sambutan amat yang menggalakkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada yang berminat, anda boleh pergi ke Ibu pejabat Balai Polis Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Oktober ini untuk melihat barangan apa yang bakal dilelongkan oleh pihak polis. Acara ini berlangsung pada 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Anda boleh lihat senarai barangan yang dilelong. Barangan manakah yang membuatkan hati anda teruja?

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2130550706955225&type=1&l=54bc5095a8