Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu dalam usaha menjejaki dan menangkap Dato Sri Nicky Liow Soon Hee, 33 tahun, seorang ahli perniagaan yang didakwa terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan dalang kepada kumpulan jenayah terancang di negara ini, lapor portal Bernama.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, strategi itu disusun kerana PDRM yakin bahawa ahli perniagaan itu pastinya akan cuba menyusup keluar dari negara ini melalui ‘laluan tikus’ di sempadan negara.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

“Berdasarkan info terkini, pihak polis percaya bahawa ahli perniagaan itu masih berada di sekitar Lembah Klang,” katanya kepada pemberita selepas selesai Program Townhall Discusion PDRM Johor di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, hari ini.

Dalam 70 serbuan Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dari 20 hingga 28 Mac lalu, seramai 118 individu diperiksa dan 68 orang daripada jumlah itu merupakan ahli kumpulan jenayah ‘Geng Nicky’ yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang, pengubahan wang haram dan Macau Scam, lapor Berita Harian.

Melalui serbuan itu, PDRM turut merampas wang tunai berjumlah ratusan ribu ringgit serta aset bernilai jutaan ringgit. Walau bagaimanapun, suspek utama iaitu Nicky Liow dikatakan berjaya meloloskan diri selepas mengetahui kebocoran maklumat mengenai Ops Pelican 3.0 yang dilakukan oleh Polis Johor di sekitar kawasan Setia Walk, Puchong.

Sebelum ini media melaporkan Nicky Liow sebagai individu berpengaruh yang menjadi buruan polis. Baca lagi menerusi pautan di bawah ini.

‘Suspek Adalah Orang Yang Berpengaruh’ – Dato Sri Berusia 33 Tahun Jadi Buruan Polis

Anda Mungkin Suka