Pada hari semalam tular rakaman video mendakwa sebuah Mercedes-Benz GLC mempunyai 397 saman yang bernilai RM118,700. Video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang berasa kurang senang selepas mengetahui itu.

Dalam satu kenyataan rasmi dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, pihaknya menafikan dakwaan SUV tersebut mempunyai tunggakan sebanyak itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dan membuat semakan saman PDRM ke atas nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

https://www.tiktok.com/@montkiaraslut/video/7230688299046735110?embed_source=71169333%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=www.thevocket.com%2Fmiliki-397-saman-didakwa-bernilai-rm118700-orang-ramai-pertikai-mercedes-ini-tidak-dikenakan-tindakan%2F%3Futm_source%3DVOCKET%26utm_campaign%3Drecirculation%26utm_medium%3Drelated_links&referer_video_id=7230688299046735110

Katanya, hasil semalam mendapati tiada sebarang tunggakan saman seperti yang dinyatakan.

“Sehubungan itu, JSPT menegaskan agar orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar dan mengelirukan.

“Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian Atau Perkhidmatan Rangkaian,” petik hantaran Facebook JSPT.

Menerusi hantaran video terbaharu akaun TikTok @montkiaraslut, sistem semakan saman menerusi SMS itu sudah tidak boleh digunakan.

Penulis ada membuat semakan semula pada pukul 9.58 pagi tadi, bagaimanapun didapati tiada maklum balas SMS mengenai saman kenderaan berkenaan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber