Setelah pihak kerajaan memberikan ‘kelonggaran pergerakan’ kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksinasi, ramai orang mengambil kesempatan untuk berkonvoi dan mengadakan aktiviti perjumpaan santai di lokasi tumpuan ramai.

Pihak PDRM menasihatkan agar mana-mana kelab dan kumpulan permotoran agar tidak mengadakan aktiviti berkonvoi sewaktu negara masih berdepan virus COVID-19 varian Delta yang mudah berjangkit ketika waktu ini.

“Ini supaya pergerakan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pandemik Covid-19 selain mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya sepertimana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Walaupun begitu, bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini, pihak JSPT sudah bersedia dengan perancangan dalam mengatur penugasan Op Khas Ambang Merdeka 2021.

“Operasi ini akan dilaksanakan secara penguatkuasaan menyeluruh melibatkan kontinjen dan daerah serta Sektor Kenderaan Peronda Lebuhraya (EMPV) Bukit Aman yang bermula pada 28 Ogos hingga 1 September 2021,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias kepada Harian Metro.

Tambah beliau lagi, pihak PDRM juga akan mengadakan operasi secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain dalam menguatkuasakan peraturan dan pematuhan SOP Op COVID-19.

Semoga kita semua dapat mematuhi saranan yang diberikan oleh pihak berkuasa agar kita dapat memutuskan rangkaian COVID-19 varian Delta yang lebih mudah berjangkit dalam masa singkat.

Beberapa kumpulan ‘geng motosikal’ berasingan telah dikompaun setelah melanggar SOP dengan melakukan aktiviti berkonvoi. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Geng Motosikal Salah Tafsir Kebenaran Aktiviti Permotoran, Kena Kompaun Ketika Berkonvoi

Kes Harian Belum Berkurangan, Netizen Kecewa Geng ‘Motosikal Besar’ Berkonvoi Dan Langgar SOP

Anda Mungkin Suka