Jaga-jaga pemilik Ysuku. Motosikal anda kini dalam pemerhatian pihak berkuasa. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan memberi tumpuan terhadap motosikal Yamaha Y15ZR atau lebih Ysuku yang diubahsuai bagi tujuan perlumbaan.

Timbalan Pengarah (Penguatkusaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, polis menyedari trend pengubahsuaian motosikal itu yang banyak dilakukan pemiliknya termasuk dalam kalangan selebriti.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →

“Sebelum ini trend ubahsuai motosikal ini lebih kepada model Honda EX5 tetapi kini mereka sudah beralih kepada Ysuku. Dalam operasi hujung minggu lalu, dilihat bilangan motosikal ini yang diubahsuai semakin meningkat,” kata Datuk Mohd Nadzri.

“Sebagai contoh bahaya, jika ‘Ysuku’ itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110 kilometer sejam (km/j), jangan ubah enjin untuk menunggangnya sehingga kelajuan lebih 140 km/j, ia melanggar undang-undang jalan raya. Polis juga khuatir motosikal itu tidak dapat menampung kelajuan baru sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut, tambah beliau.

Sementara itu, mengulas mengenai Op Khas Kenderaan Perdagangan dijalankan, Mohd Nadzri berkata, sebanyak 1,384 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi bermula Selasa lalu sehingga malam tadi.

Motosikal yang diubahsuai melebihi peraturan yang ditetapkan dan dapat membahayakan pengguna lagi boleh disita oleh pihak berkuasa.

Tahukah anda wujud Yamaha Y15ZR Edisi Khas ‘Ultraman’? Dan ini pula kisah insan bergelar ayah yang terharu menerima motosikal Y15ZR hadiah daripada anak-anak.

Yamaha ‘Ultraman’ Y15ZR Edisi Terhad Bakal Dijual Dengan Harga RM12,688

Lelaki Ini Buat Ayahnya Menangis Terharu Terima Hadiah Motosikal Y15ZR

Dua Beradik Ini Hasilkan Model Replika Y15ZR Beserta Bengkel Menggunakan Kotak Terpakai

Anda Mungkin Suka