Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sekurang-kurangnya 14 anggota dan pegawai kanan yang bertugas di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan peringkat kontinjen dari pantai timur, Jumaat lalu.

Menurut sumber kepada Harian Metro, pegawai dan anggota pelbagai pangkat membabitkan konstabel, koperal, lans koperal, sarjan dan Inspektor itu antara 21 individu termasuk orang awam berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan.

Baca Juga:

“Mereka ditahan selepas disyaki terbabit dengan kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Selendang.

“Semua yang ditahan termasuk tujuh lelaki lain membabitkan orang awam itu kini turut direman bagi membantu siasatan mengikut akta pertubuhan 1966,” katanya.

Sumber memberitahu, kes berkenaan kini disiasat bahagian siasatan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang mula mengawai pergerakan ahli pertubuhan haram berkenaan sejak 2021.

“Reman terhadap mereka sudah dipohon di mahkamah dan kita sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui aktiviti kumpulan itu dengan lebih lanjut.

“Beberapa barangan turut dirampas dalam operasi itu membabitkan pelbagai barangan dan peralatan yang sering digunakan dalam upacara mengangkat sumpah,” katanya.

Difahamkan, antara peralatan berkenaan ialah beberapa kenderaan, telefon bimbit, pedang, ekor ikan pari, senjata tajam, al-Quran, sejadah, songkok, baju, kain kapan serta nombor plat berlogo pertubuhan.

Kata sumber, selain itu, beberapa pelekat serta borang keahlian kumpulan itu turut dirampas selain beberapa sijil.

Tambah Harian Metro lagi, selain D7, operasi turut dijalan Bahagian Risikan Bahagian Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang memantau rapat pembabitan anggota dan pegawai mereka dengan kumpulan pertubuhan itu.

Difahamkan, reman terhadap semua yang ditahan dibuat secare berperingkat dan ia bergantung kepada tahap siasatan kes itu.

“Apa yang pasti penahanan semua anggota dan pegawai berkenaan membuktikan ketelusan dan ketegasan PDRM yang diketuai Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menjaga dan memulihara imej dan intergiti pasukan berkenaan.

“Ia juga membuktikan pasukan terbabiit tidak pernah memilih ‘bulu’ dalam menguatkuasakan undang-undang dengan menguatkuasakannya terhadap orang awam dan pasukan sendiri tanpa mengira pangkat,” katanya.

Sumber