Setiap mereka yang memandu pastinya ingin mengelakkan daripada menerima sebarang saman namun akibat kecuaian kemungkinan seseorang menerima saman sebagai denda tidak mengikuti peraturan jalan raya.

Pada kali ini, tawaran diskaun sebanyak 50% telah ditawarkan PDRM khas buat saman trafik. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, penawaran diskaun ini yang cuma ditawarkan secara online ini memberi peluang dan pendedahan buat orang ramai melangsaikan saman mereka dengan cara yang lebih mudah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
366070
Datuk Azisman Alias. Sumber: The Star Online

Para pengguna berpeluang membayar saman trafik secara dalam talian melalui laman web MyEG atau Rilek. Diskaun masa terhad ini cuma dibuka pada 18 Januari ini sehingga 1 Februari 2020 sahaja.

Buat anda yang mempunyai tunggakan saman, mungkin inilah masanya untuk melangsaikan saman trafik anda dengan tawaran diskaun masa terhad.

Sebelum ini, PDRM turut pernah menawarkan diskaun sehingga 50% saman trafik sempena Krismas dan Hari Kemerdekaan.

PDRM Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Sempena Krismas

PDRM Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Sempena Hari Kemerdekaan