Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat konten masakan semakin tempat di kalangan penonton. Para selebriti juga nampaknya tidak terlepas untuk menghasilkannya.

Baru-baru ini pengacara rancangan realiti TV popular iaitu I Can See Your Voice ini turut serta dalam menghasilkan konten masakan dengan menunjukkan cara-cara membuat makanan dari Perancis. Semua ini kerana Sean Lee telah menerima cabaran melalui siri terbaru vlog TV3 iaitu ‘Ohsem Tak? AWESOME!’.

Pada awalnya, Sean tampak sangat yakin untuk hasilkan makaron. Akan tetapi, banyak pula ‘cabaran’ yang perlu dilalui sebelum makaron versi Sean Lee terhasil. Jom  kita ikuti cara unik Sean Lee hasilkan makanan dari Perancis ini.

Mula-mula lagi dah fail

giphy

Alamak! awal-awal lagi dah fail. Tengok sahaja cara Sean Lee mulakan langkah membuat makaron dengan mengasingkan putih dan kuning telur. Bersepah jadinya!

‘Terpaksa’ mandi putih telur?

giphy (1)

Selesai behempas-pulas asingkan putih telur, dalam usaha untuk mendapatkan konsentrasi yang betul, putih telur perlulah dipukul sehingga sebati. Untuk mengetahui sama ada adunan sudah likat atau sebaliknya, salah satu tips untuk mengetahuinya adalah dengan terbalikkan mangkuk.

Akan tetapi lain jadinya apabila Sean Lee terbalikkan mangkuk. Makin bersepah dan mandi telurlah jawabnya.

Selesai buat adunan, tiba masanya untuk bentukkan dan bakar

giphy (2)

Kali ini cabaran Sean Lee nampak berjaya tanpa gagal. Adunan yang dihasilkan telah dibentuk dan dibakar. Boleh tahan warna-warni pilihan warna Sean Lee.

Tiba masanya untuk dihias

giphy (3)

Sekali pandang, makaron buatan Sean Lee nampak seakan berpecah pun ada. Mungkin disebabkan adunan yang kurang tepat. Walau bagaimanapun, Sean Lee terus semangat. Apa yang beliau lakukan adalah ‘menghias’ makaron beliau menggunakan topping coklat.

Rupa tak seberapa yang penting sedap

giphy (4)

Akhirnya misi Sean Lee untuk hasilkan makaron telahpun siap. Meskipun pelbagai cabaran terpaksa dilalui tetapi Sean Lee terus bersemangat dan kekal ceria.

Sekiranya anda menonton video di bawah, pasti anda akan teruja dengan warna video ini yang tampak seakan video profesional dengan penggunaan kamera yang mahal.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan sebuah ‘rahsia’ dimana anda juga boleh mendapatkan efek yang sama dengan hanya merakam menggunakan Samsung A51.

a51-03_ftby
Sumber: Sea Mashable

Ya, berbekalkan telefon pintar Samsung yang hadir dengan empat kamera belakang terdiri daripada sensor 48-megapixel ini anda sudah boleh mendapatkan rakaman video yang menarik seperti ini.

Nak tahu apa yang lebih best, skrin Samsung A51 ini hadir dengan paparan Super AMOLED yang membuatkan warna pada skrin dan video lebih menonjol dan menceriakan.

maxresdefault
Sumber: Tech with Usama

Selain itu, apa yang menarik mengenai Samsung A51 ini adalah ketahanan baterinya. Buat anda yang sering menggunakan telefon atau sering melayari media sosial, Samsung A51 pasti dapat melakukannya dengan mudah untuk satu pengecasan penuh untuk satu hari penggunaan.

Sememangnya mampu milik!
Samsung A51 Sean Lee vocket
Model ini juga turut menjadi pilihan Sean Lee sementara menantikan proses menghasilkan makaron.

Berdasarkan ciri yang ditawarkan pasti anda sudah membayangkan harga yang premium buat Samsung A51. Namun tidak, model ini sedia untuk dimiliki dengan harga serendah RM1,299 bagi model dengan 6GB RAM dan RM1,399 buat model 8GB RAM.

0776

Untuk pengetahuan anda, siri vlog Ohsem Tak ini akan turut menampilkan beberapa lagi artis ternama yang lain. Klik di bawah untuk menonton secara penuh bagaimana Sean Lee menghasilkan Makaron.

Tonton juga siri vlog Ohsem Tak menampilkan dua lagi artis iaitu Nabila Razali, Ismail Izzani dan Haqiem Rusli.

Khabarnya Samsung bakal melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka tidak lama lagi. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Lebih Premium Dan Eksklusif, Samsung Galaxy Note 20 Bakal Hadir Dengan Warna ‘Mystic Bronze’

Amerika Syarikat Pilih Samsung S20 Tactical Edition Untuk Kegunaan Tentera Elit