Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Enam warganegara Malaysia telah didakwa atas kesalahan berkaitan dengan penyeludupan heroin terbesar Taiwan tahun ini, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu oleh Pejabat Pendakwa Daerah Taiwan seperti yang dilaporkan oleh Cocunuts KL.

Pendakwa raya dalam satu kenyataan berkata, pada 23 April, di 117 batu nautika barat daya Pelabuhan Kaohsiung, enam lelaki itu ditahan di laut. Mereka didapati membawa 122 kilogram heroin dan 300 kilogram ketamin menggunakan bot tunda yang didaftarkan di Malaysia.

Dadah itu, yang dikatakan polis mempunyai nilai sebanyak AS$40 juta (RM178 juta), didakwa diseludup dari “Segi Tiga Emas,” sebuah wilayah yang dibentuk oleh persimpangan sempadan Thailand, Laos dan Myanmar.

Pendakwa raya mendakwa keenam-enam mereka berlepas dari sebuah pelabuhan di Sabah, lalu mengambil dadah itu daripada kapal yang tidak dikenali di perairan berhampiran Sarawak.

Menurut pihak pendakwa, suspek ditahan ketika cuba berkomunikasi dengan kapal lain ketika berada di zon ekonomi eksklusif Taiwan.

Bertindak mengikut sumber, pengawal pantai Taiwan menjejaki kapal tersebut dan menahan enam anak kapal. Sebelum di tahan, mereka berkeras untuk tidak membenarkan pengawal pantai menggeledah kapal mereka.

Menurut pihak pendakwaan, lelaki itu didakwa melanggar Akta Hal Ehwal Farmaseutikal, Akta Penalti Penyeludupan dan Akta Pencegahan Bahaya Narkotik.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama rakyat Malaysia didakwa memecah rekod rampasan terbesar dadah di negara luar.

Terdahulu, The Vocket melaporkan bahawa polis Australia berjaya merampas dadah terbesar yang pernah direkodkan di negara tersebut bernilai kira-kira A $ 140 juta (RM431 juta), dan menahan seorang warganegara Malaysia yang didapati membawa dadah terlarang.

Difahamkan bahawa dadah seberat 450kg – berat piano besar – itu diletakkan di dalam kargo laut dan akan diedarkan di sekitar Melbourne.

Lelaki yang tidak dinamakan itu didakwa mengimport dan memiliki sejumlah ubat komersial, jika didapati bersalah, hukuman maksimum yang bakal menanti beliau adalah penjara seumur hidup, lapor Utusan Malaysia.

16 tan dadah bernilai RM5.2 bilion dirampas, terbesar dalam sejarah Malaysia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas, Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

Taktik Dua Beranak ‘Tunda’ Toyota Alphard Gagal, Rupanya Berisi Dadah Bernilai RM23.75 Juta