Dah kata cerita ini hebat. Filem adaptasi novel seram Stephen King ini mendapat respon positif daripada peminat filem seram dan sudah memperoleh kutipan USD117.2 juta di minggu pertama ianya ditayangkan di 4,103 pawagam sekitar Amerika Syarikat.

Ianya nyata melepasi jangkaan awal pihak New Line dan Warner Bros. ini. Ianya menjadikan filem It filem dengan kutipan pembukaan tertinggi untuk tahun 2017 selepas Beauty And The Beast dan Guardians of the Galaxy Vol.2. Kutipan pembukaan It juga hampir sama dengan apa yang Spider-Man: Homecoming kutip di minggu pertama.

“It nyata mempunyai satu kelebihan dari segi cerita, cara filem ini dibuat dan marketing filem ini,” kata wakil Warner Bros, Jeff Goldstein. Mana tidaknya, karya terbaru It ini menerima markah 87% di laman kritikan filem Rotten Tomatoes. Kami sendiri memberi rating 8/10 untuk filem It ini.

BACA: ‘It’ Lebih Hebat, Seram Dan Sarat Dengan Kejutan

pennywise

Ianya satu kejayaan yang hebat untuk sebuah filem dengan rating R-Rated. Cuma Deadpool yang berada di atas It untuk kutipan minggu pertama dalam kategori ini iaitu USD132.4 juta. Jika dibandingkan dengan filem selaliran pula, kutipan It dua kali ganda lebih berbanding filem seram dengan kutipan paling tinggi sebelum ini, Paranormal Activity 3 yang mengutip USD58 juta pada tahun 2011.

Jika ditambah dengan kutipan dari seluruh dunia, It menerima USD62 juta lagi menjadikan filem ini mendapat USD179 juta pada minggu pertama sahaja! Sangat hebat dan kutipan ini sudah pun cover kos pembikinan filem ini, USD35 juta.

Pennywise The Clown sekali lagi berjaya ‘menghiburkan’ peminatnya di seluruh dunia. Adakah anda terhibur dengan gelagat Pennywise? Ada yang mungkin tak puas dengan kadar keseraman cerita ini tetapi kita tunggu It: Chapter Two. Mana tahu dua kali ganda seramnya dari It yang pertama ini.

Sumber