Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera memecat Dollah Salleh, selain bersedia membantu mendapatkan bajet bagi membiayai jurulatih asing berkualiti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers, hari ini, Tunku Ismail berharap apa yang diluahkannya kepada FAM itu akan disampaikan kepada Presiden badan induk berkenaan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tonton: Video Aksi 10 Gol UAE Membelasah Malaysia

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting dan memberikan contoh perbezaan pemain-pemain JDT ketika beraksi bersama kelab dan kebangsaan.

“Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bola sepak tanah air semakin hancur,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata, bekas pemain JDT dan bintang Argentina Pablo Aimar pernah menegurnya mengenai perkara terbabit.

“Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50 peratus adalah kejurulatihan dan 50 peratus adalah pemain,”.

Ini adalah kenyataan kedua berturut-turut dikeluarkan oleh Tunku Ismail hari ini menerusi Facebook JDT, selang beberapa jam susulan kekalahan mengaibkan 10-0 Malaysia di tangan UAE malam tadi.

Dalam kenyataan awalnya, Tunku Ismail berkata, skuad Harimau Malaya sudah terlambat untuk memperbaiki kedudukannya di ranking dunia selepas kekalahan itu.

MESEJ DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA SETIAUSAHA FAM DAN FAMTolong sampaikan kepada Presiden FAM bahawa Persatuan…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, September 3, 2015

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber