Selepas KFC mengeluarkan ‘Ghost Pepper Zinger Burger dan Twister’, ramai yang kecewa kerana kepedasannya tidak seperti yang diharapkan. Namun, kini muncul pula perisa Ghost Pepper untuk mi segera yang dikenali sebagai Daebak ‘Ghost Pepper’ Spicy Chicken.

Selepas ‘terkena’ dengan KFC, kami teruja untuk cuba mi segera Daebak ini. Khabarnya, mi segera ini hanya ditawarkan untuk masa terhad di 7-Eleven sahaja. Jadi sebelum ianya habis di 7-Eleven, kami sempat membeli satu bekas mi ghost pepper ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mamee Pedas

Rekaan packaging mi ini sudah terserlah ‘kepedasannya’ dan turut tertera gambar skala kepedasan cili ghost pepper ini berbanding dengan cili lain seperti orange habanero dan jalapeno. Berdasarkan skala ini, kepedasan ghost pepper memang jauh meninggalkan pedas cili yang lain.

Tanpa membuang masa, selepas merendam mi ini selama 5 minit dan ditambah dengan perencah ghost pepper, mi ini memang ‘menakutkan’ untuk dimakan (mi kering ini memang berwarna hitam).

mamee pedas 3

Suapan pertama sahaja, rasa pedas mi ini terus menyerang lidah dan bibir anda. Mi ini walaupun pedas, tetapi ianya sedap untuk dimakan. Yang tidak sedapnya mulut dan tekak anda akan rasa pedas dan pedas itu akan berlegar dalam mulut untuk beberapa minit. Anda akan lebih ‘menderita’ jika tiada air sejuk di sisi.

Sebagai perbandingan, Daebak ‘Ghost Pepper’ Spicy Chicken ini adalah lebih pedas daripada Maggi Pedas Giler dan Samyang Hot Chicken. Itu pada pandangan kami. Anda yang kaki makan pedas, kena cuba Daebak ‘Ghost Pepper’ Spicy Chicken. Pedas dan sedap.