Menurut satu laporan yang ditulis oleh Zahratulhayat Mat Arif dalam akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times, polis telah menubuhkan pasukan penyiasat khas melibatkan pedophiles warga asing yang menjadikan kanak-kanak Malaysia sebagai mangsa dalam talian.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Pasukan ‘Children’s Cyber Sexual Investigation’ ditubuhkan awal bulan ini untuk menyiasat kes-kes paedophile melibatkan kanak-kanak Malaysia, seawal usia 14 tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan itu membuat penemuan awal tahun ini dan sedang mengesan ‘perekrut’ yang terlibat.

“Perekrut ini datangnya dari Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kebanyakan kanak-kanak terlibat berusia di antara 14 dan 15 tahun.”

“Modus operandi mereka dikenali sebagai ‘cyber sexual grooming’. Perekrut akan memberitahu kanak-kanak untuk merekodkan video mereka,” katanya sambil menambah polis masih menyiasat tujuan rakaman video kerana ini adalah kes jenayah siber baru.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis penutup seminar pegawai kanan wanita di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Cheras.

Majlis itu ditutup oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Rohani pula berkata ibu bapa perlu memerhatikan aktiviti anak-anak mereka untuk menghalang mereka daripada terlibat dalam jenayah siber itu.

“Walaupun kanak-kanak berada di rumah dan tidak bergaul dengan orang luar, itu tidak bermakna bahawa mereka selamat. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan memantau aktiviti anak-anak mereka,” katanya.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group