Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak semalam hangat di media sosial apabila pendakwah bebas Ebit Lew dilaporkan agar diminta berhenti memberikan sumbangan di Sabah atau beliau boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara selamat tiga tahun.

Bagi mengelakkan isu tersebut berlarutan, Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip dan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat telah tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Menurut Sinar Harian, Suhaimi berkata beliau memahami niat ikhlas Ebit Lew ingin membantu namun pihak beliau tidak menerima apa-apa makluman berkenaan tujuan pendakwah bebas tersebut selain daripada beliau ingin mendirikan sebuah premis bagi tujuan persekolahan.

“Saya sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan beliau dan menghargainya namun apabila kita memasuki ‘rumah’, kita harus mengetuk ‘pintu rumah’ terlebih dahulu, namun beliau tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna.

“Sebaliknya hanya memaklumkan jadual perjalanannya melalui pembantu peribadinya dan tidak bertemu secara bersemuka menerangkan tujuan dan jabatan yang mempunyai autoriti yang membenarkan individu atau agensi masuk ke daerah adalah Pejabat Daerah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau turut menjelaskan bahawa permohonan untuk mendirikan struktur bagi tujuan pembinaan kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan pulau perlu mengikut protokol iaitu melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu.

“Kita memberi sokongan moral kepada beliau sebagai Muslim namun untuk pembinaan penempatan di bawah seliaan Taman-Taman Sabah (TTS).

“Jika Ebit melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), mereka juga perlu rujuk kepada Pejabat Daerah. Kalau buat pondok sementara kita mungkin boleh benarkan atas dasar budi bicara namun jika mendirikan kelas KAFA ia bersifat kekal dan pulau itu ada pemilik atau pewarisnya,” katanya.

Bukan mengenai isu keselamatan

Mengulas lanjut mengenai isu di mana ia difahamkan pendakwah bebas tersebut tidak dibenarkan masuk kerana isu keselamatan, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat memaklumkan bahawa perkara tersebut di bawah pengurusan serta tanggungjawab pihak TTS.

“Tidak (bukan isu keselamatan). Ia hanya lebih kepada isu kebenaran masuk dalam kawasan yang diwartakan dan di bawah pengurusan dan kawalan serta bidang tanggungjawab oleh pihak TTS,” jelasnya.

Perkara tersebut dipercayai susulan daripada kenyataan yang dikatakan program Ebit Lew di kawasan sekitar pulau di Semporna terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.

Terdahulu, Ebit Lew telah mengeluarkan kenyataan di laman Facebook beliau di mana beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk di Semporna, Sabah.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai Ebit Lew yang diminta henti beri sumbangan di Sabah atau boleh dikenakan penjara selama 3 tahun melalui pautan di bawah.

Ebit Lew Diminta Henti Beri Sumbangan Di Sabah, Diberitahu Boleh Dihukum Penjara 3 Tahun

157 Penduduk Bajau Laut Masuk Islam Secara Sukarela Selepas Mendengar Perkongsian Ebit Lew