Ketua Pegawai Eksekutif adidas, Kasper Rorsted menyangkal khabar angin yang berleluasa menyatakan penjualan YEEZY merundum disebabkan Kanye West.

Sebelum ini, Kanye West menyatakan sokongannya terhadap President Donald Trump dengan memuat naik gambar topinya tertulis ‘Make America Great Again’ yang merupakan slogan berkempen President Trump.

dbpshrzuqaa5cxe

Akan tetapi, menurut Rorsted, adidas menjangkakan akan bekerjasama lagi dengan Kanye West pada tahun-tahun mendatang dan menerusi laporan kewangan suku ketiga mendapati penjualan YEZZY tidak merundum seperti didakwa ramai pihak. Malah, bagi Rorsted, kerjasama yang terjalin antara Kanye West dan adidas tidak merugikan, dan ianya merupakan satu kejayaan.