Tahun melawat Malaysia 2020 akan tiba tidak lama lagi. Jadi pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menambah jumlah pelancong untuk melancong ke sini. Namun, langkah terbaru yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan baru-baru ini telah menimbulkan perdebatan di kalangan masyarakat Malaysia.

Terbaru, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud mengumukan bahawa Pegawai Imigresen akan diajar Bahasa Mandarin dan bahasa-bahasa penting lain sebagai satu cara untuk tampil lebih mesra kepada pelancong dari luar negara dan juga untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Walaupun langkah ini mungkin kelihatan proaktif, namun para netizen telah menyatakan pendapat mereka mengenai perkara ini, sebahagian besar daripada mereka mendapati idea belajar Bahasa baru untuk mengalu-alukan pelancong adalah tidak wajar.

Namun, ada juga netizen yang bersetuju dengan inisiatif yang bakal dilaksanakan itu dengan memberikan hujah masing-masing.

Ternyata langkah yang diumumkan oleh Jabatan Imigresen telah mencetuskan perbahasan dikalangan netizen. Apa pendapat anda tentang langkah yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen ini?

Terdahulu, rakyat Malaysia di kedudukan tertinggi dalam senarai pemerhatian imigresen Australia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Rakyat Malaysia Berada Di Kedudukan Tertinggi Dalam Senarai Pemerhatian Imigresen Australia

Sanggup Terjun Bangunan, Imigresen Serbu Markas Sindiket ‘Online Scam’ Terbesar Di Cyberjaya

Wanita Ini Dedah Tip Mudah Lepasi Imigresen Korea Selatan

Anda Mungkin Suka