Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Kekecohan mengenai skandal gangguan seksual yang melibatkan pegawai kementerian tersebut, Junichi Fukuda terhadap wartawan wanita heboh sejak seminggu yang lalu. Keadaan semakin meruncing apabila tersebarnya rakaman audio perbualan antara pegawai tersebut dan mangsa.

Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso mengesahkan penerimaan perletakan jawatan daripada pegawai tersebut semalam. Walaubagaimanapun, Junichi Fukuda menafikan tuduhan tersebut dan memberi kenyataan bahawa beliau meletak jawatan akibat tekanan yang diterimanya di tempat kerja. Tambahnya lagi, beliau akan menyaman syarikat majalah tersebut.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

fukuda

Pihak Kementerian Kewangan Jepun akan menjalankan siasatan mengenai kes ini dengan bantuan khidmat guaman daripada luar. Jawatan beliau akan disandang sementara oleh pegawai kanan sekretariat kementerian tersebut, Koji Yano.